Bolehkah bateri iPad iPhone kembung? jawapan nya adalah 100% boleh. Anda pernah hadapi masalah ini? anda nak tahu kenapa ini terjadi? adakah ia bahaya kepada anda? ikuti blog khas ini dan dapatkan informasi tentang bateri kembung ini, bagaimana ia boleh berlaku dan apakah langkah keselamatan yang wajib diambil.
Kenapa Ia Terjadi?
1. Cas lebih masa secara konstan. Anda pernah lakukan ini selalu? jika anda sudah terbaca ayat pertama ini, tiba masa untuk anda hentikan cas lebihan masa SEGERA.
2. Bateri tamat tempoh. Aik? bateri pun boleh expired? YA. Setiap bateri smartphone mempunyai cas cycle tersendiri. Jika anda kerap cas walaupun bateri masih berbaki 30-40% anda sebenarnya merugikan cas cycle-nya. Maka makin cepat lah bateri itu expired.
3. Cas pada source yang tidak ikut spec. Ok, bunyi macam roket sains. Tapi smartphone anda didatangkan dengan cable + adapter yang tersendiri. Pengilang memberikan aksesori itu secara percuma dan ada sebabnya mereka berikan. cable original mempunyai core atau wire yang ditetapkan untuk aliran arus yang rendah sesuai dengan phone anda begitu juga dengan adapter.
4. Aksesori murah. Tiada kualiti langsung. sorry to say.
Langkah Keselamatan.
1. Jika anda sedang menghadapi masalah bateri kembung, segera ke kedai repair berhampiran untuk tukar kepada yang baru. (Di brofixit anda akan dapat dengan harga yang selesa & kualiti Original).
2. Jangan panik. Serius bro/sis...kebiasaan nya mulut automatik kumat kamit bila jadi macam ni.
3. Nyah-hidup phone anda. Alah...matikan aje.
4. Jangan cuba buka sendiri jika anda tidak ada alatan berkualiti untuk membuka phone anda. AMARAN! explosive.
Comments